Tuesday, 17 September 2013

Renung-renungkan!!

Salam Hormat Pembaca Budiman,
Apa yang dituliskan disini sekadar bahan untuk projek blog arr... test copy paste ajerk!
Anda Kerja Sampai Penat Atau Anda Kerja Sampai Dapat?
Cuba anda fikirkan jawapan kepada soalan di atas. Beri jawapan kepada diri anda sendiri. Kemudian terus pergi ke bahagian jawapan yang menerangkan personaliti anda untuk mendapatkan tips spesifik untuk diri anda.
…..
….

..
.
Kepada pembaca tetap, mungkin jawapan mereka “Sampai Dapat”. Sebab dah tahu, soalan trick. :)
Kepada pembaca baru, jawapan mereka lebih normal. Sampai Penat.
Kepada Anda Yang Bekerja Sampai Penat
Saya pun selalu termasuk dalam kategori kerja sampai penat. Sekali pandang, memang tidak ada salahnya kenyataan tersebut. Memang wajar kita kerja sampai penat. Kalau kerja tidak penat, kerja main-mainlah selalunya.
Anda tahu anda bekerja sampai penat apabila anda sering merungut keletihan, telah mencuba bermacam-macam cara tetapi MASIH belum berjaya dan sudah sampai tahap hampir putus asa.
Ada satu masalah apabila anda bekerja sampai penat. Anda sebenarnya bukan berusaha untuk berjaya,tetapi anda berusaha untuk penat. Anda telah terbiasa sehingga menjadi tabiat untuk bekerja dengan kuat. Anda mahu berjaya, tetapi anda tidak pernah mengambil berat target anda. Anda mendapat kepuasan dengan bekerja. Jika anda tidur lewat malam anda sudah rasa puas hati walaupun kerja tidak siap.
Malangnya, dengan tabiat ini anda sering gagal. Ini kerana dalam proses membuat kerja, anda memenatkan diri dengan membuat kerja remeh temeh, sedangkan kerja-kerja penting tidak disiapkan. Oleh kerana target anda adalah untuk bekerja sampai penat, anda berpuas hati dengan kepenatan anda dan tidak menyiapkan kerja-kerja penting.
Oleh kerana anda sering gagal, anda juga sering bertukar-tukar aktiviti. Mula-mula anda cuba berniaga A, penat dan tidak berhasil anda rasakan B lebih mudah, jadi anda tukar. Lepas seketika anda mencuba B, anda penat, tukar pula kepada C dan begitulah kitaran hidup anda sepenuhnya.
Kepada Anda Yang Kerja Sampai Dapat
Anda seorang performer. Anda Get Things Done. Anda juga sudah beroleh kejayaan yang okay. Namun anda pelik. Kebelakangan ini anda rasakan anda sesuatu yang menghalang anda. Anda rasa ruang untuk menjadi lebih baik agak terhad.
Tidak kira betapa kuat anda mencuba, pencapaian anda berlegar-legar di satu tahap sahaja.
Peningkatan ada, tetapi TIDAK signifikan.
Sedangkan anda mahu sesuatu yang jauh lebih baik. Anda mahu memecut, bukan berjalan.
Kenapa ini terjadi? Kenapa anda statik?
Ketahuilah bahawa kepala anda sedang terhantuk kepada siling kaca. Anda mengehadkan peluang anda untuk membesar dan pergi lebih tinggi kerana tabiat anda telah terbiasa untuk bekerja sampai dapat, tidak kira penat atau tidak.
Mahu tahu cara untuk memecahkan siling kaca tersebut?
Teruskan membaca.

Maksimakan Potensi, Bukan Maksimakan Usaha

Ramai usahawan solo pada hari ini menilai pencapaian dan usaha mereka dari aspek betapa kuat mereka bekerja dan berapa banyak target yang mereka telah capai. Pemikiran ini sebenarnya terpupuk secara tidak sengaja di zaman sekolah. Mereka yang kelihatan rajin selalunya adalah mereka yang mendapat markah yang tinggi ketika peperiksaan.
Cara ini tidak salah, tetapi sebenarnya ada cara yang lebih baik.
Usahawan solo cuba melakukan semuanya secara sendiri dan oleh kerana setiap orang cuma ada 24 jam sehari, potensi mereka akan akhirnya tersekat. Bayangkan dalam tempoh 24 jam itulah mereka perlu masa peribadi, masa bisnes, masa pemasaran, masa untuk khidmat pelanggan dan masa untuk memproses tempahan pelanggan.
Jika usahawan solo cuba melakukan semua ini secara seorang diri, beliau pasti tidak akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang (sekadar sederhana) dan jika cemerlang pun hanya kepada segelintir kecil pelanggan.
Secara tidak disedari, usahawan solo tadi juga akan terperangkap dengan kepompong pemikiran sempit. Jika pelanggan membayar untuk A, beliau akan beri A. Jika pelanggan membayar untuk B, beliau akan memberi B. Beliau tidak akan cuba untuk memberi A+1 atau B+2, kerana target beliau adalah untuk menyiapkan sebanyak mungkin kerja supaya kerja lain boleh masuk pula.
Kadang-kadang bukan usahawan solo tadi tidak mahu beri, tetapi sebab beliau terlalu sibuk bekerja, beliau tidak ada masa untuk terfikir untuk memberi lebih kepada pelanggan. Tidak terfikir. :)
Anda berada dalam situasi begini?
Cara untuk mengatasi memecahkan siling kaca untuk anda menggapai kejayaan yang lebih hebat adalah dengan mendapatkan bantuan. Anda buat dan fokus kepada apa yang anda mahir dan suka. Serahkan segalanya yang lain kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh, anda seorang yang mahir menulis dan menghasilkan ebook, tetapi anda tidak pandai mereka laman web yang cantik dan menarik.
Anda mungkin menghabiskan 2 minggu berhempas pulas untuk belajar dan mencuba design sebuah mini site yang sederhana rupanya, tetapi anda boleh dapatkan bantuan orang lain yang lebih pakar yang boleh menyiapkannya dalam masa 3 hari.
Anda boleh habiskan masa 14 hari (2 minggu tadi) untuk berehat, ataupun menulis 14 artikel yang boleh digunakan sebagai bahan promosi ebook anda tadi. Tamat tempoh 2 minggu, anda bukan sahaja sudah mempunyai website, tetapi juga telah mempunyai bahan pengiklanan yang mencukupi.
Tugasan anda untuk mengiklan akan jadi jauh lebih mudah! :)
Itu sebagai contoh sahaja.
Ada juga orang yang tidak pandai menulis ayat-ayat menjual yang mengancam. Beliau boleh cuba untuk menulis surat jualan (salesletter), tetapi lebih baik ia diserahkan kepada copywriter yang memang khusus dalam bidang tersebut. Sebaliknya beliau boleh meluangkan masa untuk mencari dan memikirkan idea-idea di luar kotak yang boleh digunakan sebagai bonus untuk menggembirakan hati pelangganya ataupun memikirkan strategi jualan.
Pembantu-pembantu ini ada di antara mereka adalah profesional berbayar dan ada di antara mereka yang anda boleh dapat percuma dengan syarat pembahagian keuntungan. Apabila anda fokus hanya kepada sesuatu yang anda pakar dan minat sahaja, dan serahkan yang lain kepada pakarnya, produk anda akan menjadi setakuk lebih baik dan keuntungan anda pun akan jadi setakuk lebih baik.
Sebenarnya prinsip ini bukan sahaja apply dalam bisnes sahaja. Dalam kehidupan seharian juga.
Sebagai contoh, anda perlu membasuh kereta sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Anda ada dua pilihan. Pertama, anda boleh cuci sendiri. Setiap kali cuci, anda mungkin ambil masa 30-45 minit. Dua kali sebulan bermakna paling kurang satu jam akan habis mencuci kereta. Tidak termasuk tahap kepenatan setelah mencuci kereta tersebut.
Pilihan kedua, anda boleh hantar cuci kereta di drive through car wash pada harga RM 1 sekali cuci (di Danau Kota ada satu. Siapa tahu kat KL ada kat mana lagi? Kat Ipoh banyak). Dengan hanya berbelanja RM 2 sebulan, anda akan mempunyai 1 jam extra sebulan. Satu jam ini anda boleh gunakan untuk berdating, ataupun untuk membaca.
Bayangkan betapa banyak ilmu yang anda boleh dapat dengan membaca selama satu jam? Paling-paling kurang 3-4 bab sudah habis. Adakah nilai RM 2 tadi setimpal dengan sejam tadi?
Anda sendiri nilaikan berapakah harga masa sejam anda?
Bolehkah ia dilakukan oleh orang lain pada harga yang berpatutan?
—————————–
Ramai orang bertanya saya, siapakah designer yang boleh deliver design mini site yang mantap pada harga yang berpatutan?
Saya mengenali banyak designer. Namun memandakan design ini adalah bidang kreatif, kebanyakan mereka tidak dapat memenuhi demand yang mendadak dari pelanggan. Mereka memerlukan masa untuk menyiapkan hasil seni mereka.
Sebagai pelanggan pula, masa adalah emas. Lagi cepat sesebuah website siap, lebih cepatlah mereka dapat mula memasarkan produk mereka, dan lebih cepat dapat menjana keuntungan. Tambahan pula untuk orang macam saya. Saya ni kadang-kadang ikut mood juga. Kalau tengah malas, apa pun tak nak buat. Tapi kalau tengah rajin, rasa macam nak siapkan semuanya waktu tu juga. Kadang-kadang kalau orang yang kita upah lambat, waktu menunggu tu dari mood rajin boleh tukar jadi mood malas yang akhirnya menyebabkan projek terbengkalai.
Dari pengalaman saya, hanya ada seorang sahaja designer yang saya kenali yang boleh deliver on time dalam tempoh 48 jam, again and again and again. Secara konsisten dan tidak pernah gagal. Saya selesa untuk menempah dari beliau kerana saya tahu secara pasti beliau akan siapkan dalam tempoh 48 jam.
Bukan itu sahaja, saya pasti beliau ada juga mengamalkan teknik-teknik meningkatkan produktiviti dan fokus kepada apa yang beliau mahir sahaja (sebab itu blog beliau pun lama tak update…hehe, ada gang!). Ini kerana beliau tidak sahaja menyiapkan tugasan, tetapi sering overdeliver. Beliau biasanya akan memberikan perkhidmatan ekstra ataupun sekurang-kurangnya bonus diskaun untuk tempahan yang akan datang.
Nampak simple tapi kalau tak ada masa untuk berfikir sebenarnya, idea-idea untuk overdeliver ini tidak akan datang sendiri.
Designer yang saya maksudkan adalah: Mazlie Nadzri (VirtualNiaga.com).
Jika anda pernah berurusan dengan designer-designer popular (yang menerima banyak order), pasti anda akan terasa seperti seorang bapa yang sedang menunggu kelahiran anak sulung. Lamanya. Tetapi dengan Mazlie, saya masih sedang cuba mengorek-ngorek rahsia bagaimana beliau boleh menghasilkan design dengan kualiti yang konsisten dalam masa yang singkat.
Bila saya dapat, saya akan share di sini!
:)